"BUAT APA SOLAT, BUKAN BOLEH KAYA PON" ....

Aku bersyukur sangat kerana dilahirkan sebagai orang islam dan dibesarkan dengan cara hidup islam.. ibubapa aku dah bagi didikan yang terbaik buat aku..

Ibubapa aku hantar aku berguru mengaji Al-Quran sehingga aku boleh baca Quran.. kiranya aku lebih beruntung dari mereka yang langsung tak boleh baca Al-Quran kan.. Ya Allah aku syukur sangat2..

Aku ni bukanlah warak sangat.. Bukan jenis yang berpurdah atau bertudung labuh.. Aku ni biasa2 je.. Pakaian simple macam kebanyakan insan lain gak.. Tapi bab solat aku tetap jaga.. Aku rasa 'berdosa' bila tak solat.. Aku rasa jiwa tak tenteram je bila tak solat.. Sejujurnya aku tak pernah buat2 sengaja nak tinggal solat..

Ini adalah aku.. Amalan aku sejak dari awal lagi.. Tapi siapa sangka kan.. Amalan aku boleh barubah disebabkan insan yang pernah aku letakkan sayang yang meninggi.. Bukan dia tak bagi aku solat.. cuma.. bila pergi mana2.. dia langsung tak endahkan pasal solat.. sampai aku pun tak solat sama.. berdosanya aku rasa saat tu.. tapi bila balik rumah aku akan qoda.. semoga Allah terima solat yang qoda aku tu :(

Ok la.. itu aku cerita bab solat bila keluar pegi mana2 kan.. macam mana lak bila kat rumah?? dia solat ke?? ermmm.. berat aku nak bagitahu.. sejujurnya dalam sebulan tu boleh kira ngan jari la berapa kali dia solat... kadang tu langsung tak solat.. Aku pernah tanya dia.. Tak rasa pape ke bila tak solat?? dia jawab tak!!! biasa je dia cakap..

Dan yang paling buat aku sedih bila dia cakap "buat apa solat, bukan boleh kaya pun!!!" betapa hancurnya hati aku saat tu bila perkataan tu keluar dari mulut dia...  Ya... sememangnya hidup aku susah sejak kawen.. aku tinggalkan 'kesenangan' yang aku dah ada selama ni demi dia... aku sanggup hidup susah dengan dia.. Ya Allah.. boleh dikatakan setiap hari aku menangis memohon doa dari Yang Maha Esa supaya dibuka pintu hati dia.. dibagi kesedaran pada dia.. Setiap hari aku panjatkan doa untuk dia.. setiap kali aku baca surah Yassin.. aku niat sedekahkan untuk dia juga..

Tapi apakan daya.. hidayah itu milik ALLAH.. aku berusaha macam mana pun kalau Allah tak izin.. tak jadi juga kan.. Dan aku yakin Allah lebih tahu apa yang terbaik buat aku..

Solat tu WAJIB!!!!... Solat tu tiang agama.. Solat tu pembuka rezeki..  Solat tu penenang hati.. Solat tu juga pembawa kebahagiaan dalam rumahtangga..

Nak bahagia dalam rumahtangga.. Solatlah... tapi kalau sorang je yang jaga solat.. sorang lagi tak.. ianya macam sia2 je... kalau tiang rumah kita pasang sebelah je.. sebelah lagi kita tak pasang tiang.. agak2 rumah boleh bertahan utuh tak?? inilah hakikat kehidupan aku yang aku sembunyikan dari insan sekeliling aku..

Ok la.. Aku stop kat sini dulu.. thanks pada yang sudi baca cerita aku yang tak seberapa ni.. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa..

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment